Julai 31, 2009

Nasihat al-Ghazali untuk Pelajarnya



"Ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak akan diberikan kepada pelaku maksiat."

demikian petua masyhur guru Imam Syafii, Waqi’. Ibnu Mas'ud r.a., salah satu Sahabat Nabi saw pernah berwasiat, bahawa hakikat ilmu itu bukanlah menumpuknya wawasan pengetahuan pada diri seseorang, tetapi ilmu itu adalah cahaya yang bersemayam dalam hati. Kedudukan ilmu dalam Islam sangatlah penting.


Rasulullah saw., bersabda:
"Sesungguhnya Allah SWT, para malaikat-Nya, penghuni langit dan bumi hingga semut dalam tanah, serta ikan di lautan benar-benar mendoakan bagi pengajar kebaikan."
(HR. Tirmidzi)


Mengingat kedudukannya yang penting itu, maka menuntut ilmu adalah ibadah, memahaminya adalah wujud takut kepada Allah, mengkajinya adalah jihad, mengajarkannya adalah sedekah dan mengingatnya adalah tasbih. Dengan ilmu, manusia akan mengenal Allah dan menyembah-Nya. Dengan ilmu, mereka akan bertauhid dan memuja-Nya. Dengan ilmu, Allah meninggikan darjat segolongan manusia atas lainnya dan menjadikan mereka pelopor peradaban.


Oleh kerana itu, sebelum menuntut ilmu, Imam al-Ghazali mengarahkan agar para pelajar membersihkan jiwanya dari akhlak tercela. Sebab ilmu merupakan ibadah kalbu dan salah satu bentuk pendekatan batin kepada Allah. Sebagaimana solat itu tidak sah kecuali dengan membersihkan diri dari hadas dan kotoran, demikian juga ibadah batin dan pembangunan kalbu dengan ilmu, akan selalu gagal jika berbagai perilaku buruk dan akhlak tercela tidak dibersihkan. Sebab kalbu yang sihat akan menjamin keselamatan manusia, sedangkan kalbu yang sakit akan menjerumuskannya pada kehancuran yang abadi. Penyakit kalbu diawali dengan ketidaktahuan tentang Sang Khalik (al-jahlu billah), dan bertambah parah dengan mengikuti hawa nafsu. Sedangkan kalbu yang sehat diawali dengan mengenal Allah (ma'rifatullah), dan vitaminnya adalah mengendalikan nafsu. (lihat al-munqidz min al-dhalal)


Sebagai amalan ibadah, maka mencari ilmu harus didasari niat yang benar dan ditujukan untuk memperoleh manfaat di akherat. Sebab niat yang salah akan menyeret kedalam neraka, Rasulullah saw., bersabda:
"Janganlah kamu mempelajari ilmu untuk tujuan berkompetisi dan menyaingi ulama, mengolok-olok orang yang bodoh dan mendapatkan simpati manusia. Barang siapa berbuat demikian, sungguh mereka kelak berada di neraka."
(HR. Ibnu Majah)

Diawali dengan niat yang benar, maka bertambahlah kualiti hidayah Allah pada diri para ilmuwan.

"Barang siapa bertambah ilmunya, tapi tidak bertambah hidayahnya, niscaya ia hanya semakin jauh dari Allah",
demikian nasihat kaum bijak. Maka saat ditanya tentang fenomena kaum intelektual dan fuqaha yang berakhlak buruk, Imam al-Ghazali berkata:
"Jika Anda mengenal tingkatan ilmu dan mengetahui hakikat ilmu akhirat, nescaya Anda akan faham bahawa yang sebenarnya menyebabkan ulama menyibukkan diri dengan ilmu itu bukan semata-mata kerana mereka perlukan ilmu itu, tapi kerana mereka mendambakannya sebagai sarana mendekatkan diri kepada Allah."


Selanjutnya beliau menjelaskan makna nasihat kaum bijak pandai bahawa '(Jika) kami mempelajari ilmu bukan kerana Allah, maka ilmu itu pun enggan (dihadam) kecuali harus diniatkan untuk Allah', bererti bahawa
"Ilmu itu tidak mahu membuka hakikat dirinya pada kami, namun yang sampai kepada kami hanyalah lafaz-lafaznya dan definisinya."
Ihya' 'Ulumiddin


Ringkasnya, Imam al-Ghazali menekankan bahawa ilmu saja tanpa amal adalah junun (gila) dan amal saja tanpa ilmu adalah takabbur (sombong). Junun bererti berjuang berdasarkan tujuan yang salah. Sedangkan takabbur bererti tanpa mempedulikan aturan dan kaedahnya, meskipun tujuannya benar. Maka dalam pendidikan Islam, keimanan harus ditanamkan dengan ilmu; ilmu harus berdimensi iman; dan amal mesti berdasarkan ilmu. Inilah sejatinya konsep integriti pendidikan dalam Islam yang berbasis ta'dib. Ta'dib bererti proses pembentukan adab pada diri peserta didik. Maka dengan konsep pendidikan seperti ini, akan menghasilkan pelajar yang beradab, baik pada dirinya sendiri, lingkungannya, gurunya mahupun pada Penciptanya. Sehingga terjadi korelasi antara aktiviti pendidikan, orientasi dan tujuannya.


Ketika seseorang mempelajari ilmu-ilmu kedoktoran, kelautan, teknik, komputer dan ilmu-ilmu fardhu kifayah lainnya, maka mereka tidak memfokuskan niatnya pada nilai-nilai ekonomi, sosial, budaya, politik, atau tujuan pragmatis sesaat lainnya. Tapi kesemuanya ini dipelajarinya dalam rangka meningkatkan keimanan dan bermuara pada pengabdian pada Sang Pencipta. Disorientasi pendidikan diawali dengan hilangnya integriti nilai-nilai ta'dib dalam pendidikan (sekularisasi).

Sekularisasi dalam dunia pendidikan berjalan dengan dua hal:

(a) menempatkan ilmu-ilmu fardhu 'ain yang dianggap tidak menghasilkan nilai ekonomi dalam skala prioriti terakhir, atau dihapus sama sekali. Sehingga mahasiswa kedoktoran misalnya, tidak perlu dikenalkan pelajaran-pelajaran agama.

(b) mengutamakan pencapaian-pencapaian formaliti akademik. Sehingga keberhasilan seorang pelajar hanya ditentukan dari hasil nilai ujian yang menjadi ukuran pencapaian ilmu dan keberhasilan sebuah lembaga pendidikan.


Rosaknya dunia pendidikan terjadi ketika ilmu diletakkan secara salah sebagai sarana untuk mengejar syahwat duniawi. Padahal Ali bin Abi Talib r.a., telah mengingatkan:
"Barang siapa yang kecenderungannya hanya pada apa yang masuk ke dalam perutnya, maka nilai (diri)nya tidak lebih baik dari apa yang keluar dari perutnya".
Wallahu a'lam wa ahkam bis shawab. (***)


*artikel asal telah disesuaikan dari Bahasa Indonesia ke Bahasa Melayu

Jun 20, 2009

Hikmah, Syaja`ah, 'Iffah, 'Adl





Imam Al-Ghazali dalam catatan Ihya`nya telah berusaha untuk memperjelaskan ingredient yang diperlukan oleh diri seseorang untuk melahirkan kesempurnaan akhlak yang baik atau mulia dalam dirinya. Oleh kerana persoalan akhlak ini merupakan persoalan batin seseorang, maka pembicaraan dan analisis al-Ghazali di sini sudah memasuki daerah psikologi rohaniah yang cukup mendalam.


Beliau cuba menjelaskan persoalan ini dengan membuat perbandingan dengan aspek zahir diri manusia bagi memudahkan kefahaman. Justeru itu, beliau mengatakan bahawa, sebagaimana keelokan dan keindahan gambaran zahir diri manusia itu secara mutlaknya tidak akan menjadi sempurna tanpa gabungan beberapa aspek.


Contohnya muka tidak akan kelihatan cantik dan sempurna dengan hanya cantik dan sempurnanya dua mata sahaja, sedangkan hidung, mulut serta pipi misalnya cacat dan hodoh. Maka demikianlah juga halnya dengan diri batin manusia tersebut. Ia memerlukan gabungan beberapa elemen untuk berupaya tampil mempamirkan keindahan dan kecantikannya. Aspek batin yang indah serta cantik itulah yang akan melahirkan perlakuan akhlak yang baik dan mulia. Elemen-elemen penentuan yang dimaksudkan oleh al-Ghazali yang dianggap oleh beliau sebagai rukun ialah empat kekuatan atau daya yang ada dalam diri manusia, iaitu:


(a) Kekuatan atau daya ilmu melahirkan kebijaksanaan (hikmah).

(b) Kekuatan atau daya marah melahirkan keberanian (syaja`ah).

(c) Kekuatan atau daya syahwat melahirkan ketabahan ('iffah).

(d) Kekuatan atau daya kesederhanaan melahirkan keadilan ('adl).


Al-Ghazali menjelaskan apabila setiap satu daripada keempat-empat rukun tersebut berada dalam keadaan baik dan wajar di dalam diri seseorang, sehingga elemen keadilan dapat memaksakan daya kekuatannya ke atas ketiga-tiga elemen yang lain, maka akan terhasil dan terpamerlah perlakuan akhlak yang baik dan mulia pada diri orang berkenaan.


Untuk menjadikan persoalan yang dibicarakan ini lebih konkrit dan lebih jelas, maka ungkapan 'baik dan wajar' yang dijelaskan oleh al-Ghazali di atas sebagai syarat bagi terhasilnya akhlak yang baik itu mestilah didefinisikan dengan jelas. Keadaan bagaimana sebenarnya yang dikatakan bahawa keempat-empat rukun itu sedang berada dalam keadaan atau suasana yang 'baik dan wajar'. Bagaimana pula ciri-cirinya? Dalam konteks ini, al-Ghazali menjelaskan dalam lhya` 'Ulum al-Din: "Adapun kekuatan ilmu, maka kebaikan dan kesesuaian kewajarannya berada pada keadaan di mana dengan kekuatan ilmu tersebut memudahkan pemiliknya faham serta boleh membuat perbezaan di antara kebenaran dan kedustaan dalam kata-kata, membuat perbezaan di antara al-haq dan al-batil dalamakidah, dan membuat perbezaan di antara yang baik dan yang buruk dalam laku perbuatan. Apabila baik sejahtera daya kekuatan ilmu ini, ia akan menghasilkan hikmah; dan hikmah itu pula merupakan pangkal utama kepada perlakuan akhlak yang baik. Hikmah seumpama inilah yang terungkap dalam firman Allah S.W.T: (maksudnya):


"Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat kebijaksanaan itu, maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak."
[al-Baqarah (2): 269]

Adapun kekuatan marah pula, maka kebaikannya berada pada keadaan di mana pemiliknya menjadikan suasana tertekan dan suasana lapang, kedua-duanya diperlakukan mengikut had dan kadar yang dituntut dan diperlukan oleh hikmah. Demikian pula halnya dengan kekuatan syahwat di mana kebaikan dan kewajarannya berlaku apabila ia berada di bawah panduan hikmah; iaitu yang dimaksudkan oleh al-Ghazali, ia berada di bawah panduan akal dan syarak. Sedangkan kekuatan keadilan pula, ia merupakan usaha penyesuaian syahwat dan marah supaya sentiasa berada di bawah panduan dan petunjuk akal serta syarak.


Al-Ghazali menjelaskan kepada kita beberapa contoh serta perbandingan ibarat untuk memperkukuhkan pandangan beliau:


"Bandingan akal itu adalah bagaikan penasihat dan penunjuk jalan, sedangkan kekuatan keadilan pula merupakan kuasa di mana bandingannya bagaikan pelaksana atau penguasa yang bertanggungjawab menentukan terlaksananya petunjuk akal. Marah pula ialah ejen yang melaksanakan petunjuk akal tersebut.

Bandingan kepada marah itu adalah bagaikan seekor anjing pemburuan; maka ia perlu diajar dan dilatih sehingga tabiat serta kegemarannya menjadi selaras dengan petunjuk akal, bukannya selaras dengan desakan dan dorongan hawa nafsu.

Sedangkan syahwat itu bandingannya bagaikan seekor kuda tunggangan yang ditunggangi sewaktu melakukan pemburuan; maka ia kadang-kadang cukup terlatih dan terampil, dan kadang-kadang ia cukup liar sekali.


Oleh itu, sesiapa yang menjadi cemerlang dan seimbang semua sifat serta ciri ini, maka dia, secara mutlak, merupakan seorang yang berakhlak baik.


Orang yang cemerlang dan seimbang sebahagian sahaja daripada sifat-sifat berkenaan, maka dia akan berakhlak baik hanya pada bahagian yang berkenaan sahaja, iaitu sama seperti orang yang hanya cantik pada sebahagian daripada wajahnya sahaja, tidak pada seluruh wajahnya.

Berada dalam keadaan baik dan seimbangnya kekuatan marah itu, maka ia digelarkan sebagai berani (al-shaja`ah).

Sedangkan, kekuatan syahwat yang mencapai taraf atau berada dalam keadaan baik dan seimbang diistilahkan sebagai 'iffah.

Sekiranya kekuatan marah itu menjadi condong daripada keadaan seimbang terdorong ke arah yang berlebihan, maka ia digelarkan sebagai gopoh atau terburu nafsu dan sekiranya ia condong terdorong ke arah lemah dan berkurangan, maka ia digelarkan sebagai pengecut dan tidak bersemangat. Sekiranya kekuatan syahwat cenderung ke arah berlebihan, maka ia dinamakan tamak atau pelahap. Sedangkan jika ia terdorong ke arah lemah dan berkurangan, maka ia dinamakan sebagai jumud.

Apa yang terpuji dan mulia itu ialah yang berada dalam keadaan seimbang atau pertengahan; itulah yang digelar sebagai fadilah atau kebaikan. Sedangkan dua pihak yang lain sama ada berlebih atau berkurang kedua-duanya adalah buruk dan tercela.

Berhubung dengan keadilan apabila ia hilang atau terhapus, ia tidak ada aspek lebih atau berkurang, malah lawan dan pertentangannya hanya satu sahaja, iaitu kezaliman. "


Dengan itu, jelaslah kepada kita bahawa akhlak yang baik itu akan hanya dapat dimiliki oleh seseorang manusia apabila setiap diri manusia tersebut berupaya mengembang dan membawa potensi-potensi diri yang mereka miliki iaitu upaya ilmu, kekuatan marah, kekuatan syahwat dan kekuatan keadilan ke arah yang diredai oleh akal murni dan syarak. Justeru itu, dapat pula kita fahami secara umum bahawa apa yang dimaksudkan dengan akhlak yang baik itu ialah apa-apa juga perlakuan yang muncul di permukaan diri manusia hasil terjemahan kepada suatu keadaan yang sudah sedia sebati dalam dirinya dan mestilah pula sesuai dengan kehendak syarak dan akal murni manusia.

sumber (dengan sedikit perubahan)



Jun 15, 2009

Puisi : Aku Bimbang, Khuatir







Aku sungguh bimbang sekali

Bahawa umat kita tidak akan bangkit lagi

Bukan kerana tiada pemimpin berwibawa di setiap bidang

Bukan kerana pertumbuhan ekonomi tidak cemerlang

Bukan kerana suasana politik yang tiada aman

Bukan kerana rakyat jelata malas berusaha siang malam



Aku khuatir umat kita tidak akan bangkit lagi,

Kerana pemimpin berwibawa di setiap bidang tidak didengarkan

Suara mereka yang berani-benar tentu tidak menyedapkan

Cadangan mereka mengislahkan perkara mengambil masa

Bukan untuk cepat mencari untung mengira laba

Bukan juga untuk menangi pilihan raya kan tiba

Bukan untuk menagih liputan media massa

Hanya inginkan kejayaan berkekalan

Mendapat keredhaan di dua kehidupan



Aku khuatir umat kita tidak akan bangkit lagi,

Kerana pertumbuhan ekonomi cemerlang tidak digunakan

Untuk mengukuh akhlak tinggi di peringkat atasan

Yang mudah berubah dengan longgokan kekayaan

Yang takabbur lalu merendah bidang tak menguntungkan.



Aku takut umat kita tidak akan bangkit lagi

Walau ekonomi melambung tinggi

Umatku sibuk membeli saham menjual budi

Anggap sekolah, madrasah tidak bererti jika gagal meningkatkan gaji

Universiti tidak dinilai secara insani, hanya patuh nafsu industri

Yang sering berubah mengikut pasaran

Pasaran berubah mengikut perasaan.



Aku bimbang walaupun suasana politik begitu aman

Rakyatku sentiasa ditakutkan dengan cerita khayalan

Tidak berani menyata kata walau hak didusta selalu

Tidak sanggup membuka mata walau muka diconteng melulu

Tidak malu membuat fitnah walau berada di pintu Kaabah

Tidak gentar pada al-Haqq kerana takut hilang anugerah.



Aku bimbang umatku tidak akan bangkit lagi

Kerana yang malas selalu diganjari

Kerana pandai memuji tinggi

Kerana terlalu tunduk mematuhi

Tanpa mengira ajaran amaran Ilahi

Tanpa mengikut undang-undang negeri

Ulama dapat dibeli, hakim dapat ditakuti.



Bagaimana kita akan bangkit semula melawan musuh

Jika ayam jantan yang senang berkokok setiap subuh

Membuka mata bangsa, menjernihkan yang lama keruh

Dipotong lidahnya, disepak terajang si anak bodoh?



Aku sungguh bimbang kita akan terus begini

Kerana puyuh pentadbir diangkat mengawal helang ilmi

Tata-cara sekolah rendah diguna-pakai di universiti tinggi

Kaedah mengurus wang dipertuhankan, dianggap suci

Diguna membangun insan, menilai sumbangan ulama dan Nabi.



Kita akan terus begini seribu tahun lagi

Kerana tabiat buruk membazir sentiasa diulangi:

Suka merungkai semula ikatan yang telah diikat kejap

Membuka kembali tenunan halus nan telah lama siap

Menebang pokok meranti tinggi, rendang dan tegap

Semata-mata kerana benci, dengki dan hasad!



Bagaimana kita akan bangkit semula

Memimpin dunia mendapat syurga?

Jika ibu-bapa pintar melahir anak cuma

Jika pelajar hanya mahu lulus periksa dan cari kerja

Jika guru, pensyarah kehilangan arah

Ilmu terpaku di dada ijazah

Jika peniaga bermain politik, bertuhankan laba

Ahli politik memperniaga prinsip dan akhlak segala

Jika cendekiawan cuma mengikut dan membuat komentar-

Cekap mengubah fakta, meminda makna, mengejar kuasa

Adam akan menyesal

Dan Iblis berkenduri besar.



sumber


Mei 14, 2009

Kebangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya Al-Aqsa ke Pangkuan Islam


[*] NOTA - Judul asal buku: Hakadza Zhahara Jilu Shaluddin Wa Hakadza ‘Adat Al-Quds

Terjemahan Bahasa Melayu - 
Kebangkitan Generasi Salahuddin 
dan Kembalinya Al-Aqsa ke Pangkuan Islam.
Penerbitan bersama ABIM dan Thinker's Library. 2009.

Terjemahan bahasa Indonesia - 
Misteri Masa Kelam Islam dan Kemenangan Perang Salib. 
Refleksi 50 Tahun Gerakan Dakwah Para Ulama 
untuk Membangkitkan Umat dan Merebut Palestina
Penerbit Kalam Aulia Mediatama. 2007.


“Kepada semua yang mendambakan kebangkitan Islam yang benar dan menghadapkan wajahnya ke arah langit dengan bersimpuh memohon kepada Allah Swt. agar dapat menyaksikannya.”

Kepada merekalah buku ini dipersembahkan. Jadi memang buku ini bukan sekadar hanya untuk dijadikan sebuah rekreasi intelektual. Sebagaimana yang dikatakan oleh Ust. Asep Sobari, Lc, penerjemah buku ini (ke dalam Bahasa Indonesia), 

“Buku ini adalah buku serius, untuk orang-orang yang serius.”



'Apa yang menarik buku ini ialah mengenai testimonial kejayaan Salahuddin merampas Baitul Maqdis bermula dengan pengaruh Imam Al Ghazali, yang hidup sebelum itu lagi. 

Imam Al Ghazali, Hujjatul Islam, telah membina satu kerangka pemikiran yang harmoni, berpandukan epistemologi ilmu yang jernih dari agama, melahirkan gagasan Islah yang meresap pemikiran generasi selepas itu.

 

Hampir 2-3 generasi selepas Al Ghazali, kemudian disambut oleh Sheikh Qadir Al Jailani, yang menubuhkan madrasah penting, yang melahirkan ramai alumni Madrasah Al-Ghazali. Kemudian mereka ini yang menduduki kerusi penting dalam pentadbiran negara, mufti agama, panglima tentera dan guru agama. Sheikh Nuruddin Al Zanki, khalifah yang ada ketika itu terkenal dengan sikap zuhud dan alimnya, telah membuka jalan kepada kelahiran Salahuddin Al Ayubi yang memimpin tentera umat Islam yang akhirnya berjaya merampas Baitul Maqdis.


Ramai yang mungkin melihat sosok Salahuddin dan Al Ghazali secara keperibadiannya, dan tidak nampak kaitan antara dua tokoh ini. Buku Dr Majid adalah testimonial yang relevan untuk kita kaji dan ambil iktibar. Testimonial ini dapat menyingkirkan sindrom menunggu 'hero' yang akan menyelamatkan umat Islam, tatkala diserang pelbagai penjuru hari ini. Apabila cara kesinambungan legasi Al Ghazali membina generasi Salahuddin dapat diambil iktibar, sebenarnya kita boleh terlibat sekali dalam proses islah tersebut, tidak semestinya menunggu dengan hampa siapa yang menyelamatkan umat Islam.' 

 - Mohd Hilmi Ramli, PKPIM



*************

[1]







Ringkasan Buku Generasi Salahudin, oleh Abah Akmal

Dr. Majid Irsan Kaylani dalam buku beliau "Hakadha Zahara Jailu Salahu Al-Din Wa Hakadha 'Adat al-Quds" (2000, IIIT) yang diterjemahkan oleh ABIM dan Thinker's Library (2009) berjudul Kebangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya Al-Aqsa ke Pangkuan Islam amat baik ditelusuri. 

Buku setebal 433 muka surat ini dibahagikan kepada enam bab utama. 

Bab Pertama mengangkat tema pola pemikiran umat Islam sebelum serangan tentera salib; 
Bab Kedua membincang pengaruh kegiatan intelektual dalam masyarakat Islam; 
Bab Tiga mengetengahkan awal gerakan Islah dalam dunia Islam; 
Bab Empat membincang sekitar penyebaran gerakan Islah di dunia Islam;
Bab Lima menilai kesan dan pengaruh gerakan Islah; 
dan Bab Enam merupakan rumusan-rumusan penting

Sekali imbas, tajuk buku ini tidak memberi gambaran struktur cakupan tema yang dibincang. Tema-tema yang diutarakan dalam setiap bab agar meluas. Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa buku ini merupakan suatu himpunan makalah yang cukup sarat. Saya yakin, jika buku ini sekadar bacaan santai, ia bukan suatu pilihan yang tepat namun jika dijadikan teks perbincangan dan kupasan, ia mempunyai nilai tersendiri. Kata-kata penghantar Dr. Thaha Jabir al-Ulwani amat baik untuk dicermati dalam buku ini. Saya tertarik tentang konsep Mahdi yang beliau bentangkan. Beliau mengajak umat Islam untuk tidak berserah nasib dan menanti Imam Mahdi untuk menyelamatkan umat ini. Menurut beliau dalam hadith RasuluLlah saw yang lain ada menyebut "Setiap kamu adalah pemimpin, dan akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya". Hadith ini memberi isyarat bahawa setiap diri-diri orang Islam punya potensi untuk memimpin, menyumbang dalam konteks dan ruang lingkup persekitaran masing-masing. Dr. Thaha menambah dalam sejarah umat ini telah lahir mujadid dan pembaharu gerak kerja umat. Dan ianya akan berterusan. 
Salahuddin Al-Ayubbi dan generasi yang seangkatannya yang mengembalikan Palestin ke tangan orang Islam bukan lahir secara tiba-tiba tetapi sistem, gerakan dan institusi ummah pada waktu itu telah menyumbang secara senergi, integral dan kolektif. Jadi buku ini bukan membicarakan tokoh berkenaan tetapi melihat peranan-peranan di sebalik tabir atau designernya. 



*************

[2]



Rekonstruksi Sejarah Kembalinya Al Quds Kepada Umat Islam, Studi Kasus Perubahan Sosial, oleh Budiman



Shalahudin dan kemenangan perang salib merupakan bagian sejarah yang penting untuk dikaji. Namun kajian-kajian terhadap sejarah kemenangan perang salib ini, menurut Majid Irsan Al Kailani, seringkali sekedar menonjolkan aspek figuritas atau heroisme militer untuk memahaminya. Pendekatan seperti ini memiliki kelemahan. Setidaknya model pendekatan seperti ini akan menjauhkan perhatian dari penyakit utama yang ada dalam tubuh umat yang menciptakan mentalitas layak terbelakang dan kalah (al qabiliyah li at takhalluf wal hazimah). Pemahaman yang menonjolkan aksi individu juga bisa menjauhkan umat dari peran yang harus mereka ambil, mengandalkan atau menunggu-nunggu munculnya figur pemimpin untuk menyelesaikan masalah.


Studi yang dilakukan oleh Majid Irsan Al Kailani dalam Hakadza Zhahara Jilu Shaluddin Wa Hakadza ‘Adat Al Quds memberikan kita perspektif bagaimana perubahan sosial (atau rekonstruksi sosial) selama lima puluh tahun (jarak antara jatuhnya Al Quds ke tangan tentara Salib Eropa hingga kembali ke tangan Umat Islam) memberikan andil besar dalam melahirkan generasi Shalahudin. Shalahudin adalah wakil utama generasi hasil pendidikan atau gerakan reformasi (ishlah) sebelumnya.



Filsafat Sejarah

Majid Irsan Al Kailani menyandarkan penelitiannya pada filsafat sejarah berikut. Filsafat sejarah ini, hemat saya, merupakan filsafat sejarah Bennabi-an (filsafat sejarah berdasarkan pandangan-pandangan yang awal sekali dikemukakan oleh Bennabi).

  1. Sebuah masyarakat terdiri dari tiga elemen utama; pemikiran (afkar), individu manusia (asykhas) dan benda atau materi (asy-ya’). Masyarakat mengalami kesehatan jika individu dan materi berporos pada pemikiran yang benar.
  2. Matarantai kepelakuan manusia bermula dari niat, pemikiran dan kemauan yang kemudian menjelma menjadi perilaku praktis. Sehingga munculnya fenomena sosial berawal dari muatan-muatan pemikiran yang kemudian melahirkan tujuan, disusul kemauan yang kemudian melahirkan perilaku praktis.
  3. Perubahan sosial memiliki pola. Pola perubahan itu bermula dari perubahan yang ada pada diri manusia disusul perubahan pada bidang sosial, ekonomi, politik, militer dst, Muatan yang ada pada diri manusia meliputi pemikiran, nilai, budaya, kebiasaan dan tradisi. Perubahan pada diri (baik menuju keadaan lebih baik dan buruk) untuk efektif berlaku secara kolektif. Sejarah perubahan diri ini dapat dilacak pada keterkaitan perubahan pendidikan (pemikiran) dan fenomena-fenomena sosial yang mengikutinya. Dalam praktek strategi perubahan yang dilakukan bergantung dengan unsur keikhlasan dan ketepatan (strategi).



Pola Pemikiran Umat Menjelang Serangan Kaum Salib

Berdasarkan filsafat sejarah di atas, Majid Irsan, merekonstruksi kondisi atau pola pemikiran yang berkembang pada masyarakat muslim menjelang serangan kaum Salib. Hal pertama yang menjadi catatannya adalah terjadinya perpecahan pemikiran islam dalam tubuh umat. Fenomena ini bisa dideskripsikan pada munculnya mazhabisme (komunalisme pemikiran atau pemikiran partisan) yang berselisih secara hebat kala itu, dalam aspek aqidah maupun cabang fiqh. Perselisihan mazhab anarkis ini berdampak pada pola pemikiran yang dibentuk atas umat, rusaknya tujuan pendidikan, serta perpecahan dan anarkisme sosial-politik. Selanjutnya pola pemikiran tasawuf dan filsafat yang menyimpang juga memberikan andil besar dalam memformat pola pemikiran umat ketika itu. Iklim pemikiran seperti ini kemudian menjadikan institusi-institusi pemikiran Islam mengalami kejumudan dan menyimpang dari misinya untuk mengarahkan umat.


Dampak Sosial Politik Pola Pemikiran Umat Menjelang Serangan Kaum Salib

Pola pemikiran di atas kemudian memberi dampak pada fenomena sosial umat. Rusaknya aspek ekonomi, karena tidak terformat secara tepat oleh pemikiran, dalam bentuk kemewahan sebagian kalangan konglomerat dan penguasa yang amat kontras dengan kemiskinan banyak rakyat, inflasi yang tinggi. Fenomena kelaparan menjadi gejala yang banyak terjadi kala itu. Anarkisme sosial karena perselisihan antar mazhab muncul dalam bentuk kekerasan-kekerasan yang muncul. Demikian pula aspek politik umat. Tidak banyak tokoh yang memiliki kelaikan untuk menjadi pemimpin umat kala itu. Perpecahan, perseteruan dan kudeta politik merupakan fenomena.

Dalam kondisi seperti ini serangan kaum Salib datang. Secara internal (pemikiran, sosial, politik, ekonomi dan militer) umat tidak memiliki kesiapan. Tidak ada pertolongan yang bisa diberikan untuk umat di sekitar Al Quds ketika itu.


Gerakan Ishlah (Reformasi)

Usaha untuk melakukan reformasi di tubuh umat pasca serangan tentara Salib berusaha dilakukan oleh beberapa tokoh melalui jalur politik, seperti yang dilakukan oleh Nizham Al Muluk. Tetapi efektifitasnya tidak berjalan.

Fase Pertama

Gerakan ishlah (reformasi) selanjutnya, yang dipelopori oleh Imam Ghazali, menggunakan metode al insihab wal ‘audah untuk melakukan rekonstruksi umat. Metodologi ini dilakukan melalui mundur dari lingkungan sosial politik yang penuh syubuhat, memfokuskan pada upaya membenahi diri untuk mengevaluasi dan memperbarui pemikiran, dan kemudian kembali (al a’udah) ke tengah masyarakat dan memulai proses ishlah.


Gerakan Imam Ghazali ini tidak menyentuh secara langsung jihad untuk membebaskan Al Quds, tetapi lebih ditekankan pada kritik diri untuk mengatasi kondisi kelayakan untuk kalah dari tubuh umat dengan melakukan rekonstruksi pemikiran sebagai langkah awalnya. Selanjutnya Imam Ghazali melakukan kritik sosial atas umat; mulai dari ulama-ulamanya, pemimpin-pemimpin sosial politiknya hingga masyarakat pada umumnya. Imam Ghazali juga mendirikan madrasah untuk mendidik kader-kader umat masa depan, dengan pola pemikiran yang baru.



Fase Kedua

Pada fase kedua ini pengaruh Imam Ghazali diteruskan oleh Syaikh Abdul Qadir Al Jilani dengan madrasah dan gerakan reformasinya. Aspek yang ditekankan sama seperti yang ditekankan oleh Imam Ghazali, dengan modifikasi strategi tertentu. Fase kedua reformasi ini persebaran madrasah islah menjadi kian masif dan distributif. Madrasah pusat (seperti madrasah Abdul Qadir Al Jilani) menjadi pusat pendidikan utama (kaderisasi), madrasah model ini tersebar di banyak kota-kota besar dunia Islam timur ketika itu. Sedangkan madrasah-madrasah yang terletak di daerah pedesaan berfungsi untuk membimbing umat.



Dampak Reformasi

Ketika Nurudin Zanki dan Shalahudin Al Ayyubi melakukan reformasi sosial politik ketika itu banyak alumni-alumni madrasah di atas yang mengisi banyak posisi penting. Para ulama (cendekiawan) bergabung dalam institusi politik dan militer. Masyarakat juga sudah memiliki kesiapan untuk menerima reformasi itu. Rekonstruksi sosial-ekonomi-politik kemudian menjadi mudah untuk dilakukan. Puncaknya adalah pada jihad militer untuk mengembalikan Al Quds ke pangkuan umat dengan keberhasilan yang spektakuler.


Catatan Rujukan

Menurut saya pemikiran filsafat sejarah yang mempengaruhi metodologi penulisan buku Dr. Majid Irsan Al Kailani ini bisa dilacak sampai ke Malik Bennabi [dan atau Jaudat Said] . Walaupun dalam daftar referensi di buku ini buku-buku Bennabi tidak disebutkan. Nama Bennabi muncul sekali ketika membahas gerakan reformasi Imam Ghazali ketika Dr. Kailani mengutip konsep Bennabi mengenai qabiliyah lil isti’mar (kelayakan untuk dijajah).

Edisi bahasa arab buku ini juga diterbitkan oleh IIIT, Virginia, USA. 1995. 


*************

[3]


Berkaitan buku ini, lagi:

Goresan Alif Kecil's review

GRUP JIL SALAHUDDIN AL-AYYUBI

Empayar Cinta [dr_w]

ABIM Selangor